Saturday 11 February 2017

Apa itu PEKIDA???

Pekida atau Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi membela orang Melayu di Malaysia. Pekida mula ditubuhkan di negeri Kedah Darul Aman. Diasaskan oleh seorang petani sawah yang bernama Abdul Hamid yang menetap di Batu 7 3/4 Simpang Empat, Langgar Alor Setar, Kedah. Ditubuhkan bertujuan untuk melindungi pesawah pesawah di daerah Langgar, Kedah. Ketua cawangan Pekida dipanggil 'Ayahanda' dan 'Abang' berdasarkan kriteria Perlembagaan Pekida. Presiden Pekida ialah Jamaluddin Yusoff. Yang Dipertua Pekida Wilayah Persekutuan ialah Datuk Roslan Dahaman (Lan Gajah).
Jamaluddin Yusoff menjelaskan Pekida tidak perlu berdaftar di bawah Yayasan Ayahanda Se-Malaysia (YAS). Pekida telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan / ROS. Pengerusi Eksekutif YAS, Syed Hussain Al-Shahab meminta kerajaan hanya mengiktiraf Ayahanda di bawah naungan YAS sahaja bagi mengelak imej aktiviti jenayah , gangsterisme dan kongsi gelap.[1]

Pekida sebagai satu jemaah atau pertubuhan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta, Pekida perlu bergerak ke arah yang lebih sempurna. Setiap ahli dalam perjuangan itu dapat bergerak dalam satu hala tanpa matlamat berbeza. Pekida adalah jemaah fisabilillah yang sama-sama berjuang dalam mempertahankan kekuatan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini. Tidak perlu ada persengketaan sesama kita kerana senjata yang paling ampuh adalah perpaduan.
Semua ahli Pekida perlu bergerak bersama bagi memantapkan pertubuhan itu agar lebih disenangi masyarakat. Masyarakat sentiasa memerhatikan gerak-geri mereka. oleh itu ahli Pekida mestilah mengambil daya usaha yang baik untuk memantapkan Pekida. Kemantapan itu perlu diperbaiki supaya Pekida terus disanjung dan tiada pihak yang kurang senang . [3]
Pekida mahu membela orang Melayu dan membantu pihak berkuasa membanteras segala kegiatan jenayah. Stigma masyarakat bahawa Pekida adalah sebuah kongsi gelap hendaklah dihapuskan. Setiap ahlinya tidak kebal dengan tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan. Antara ahli yang dilucutkan gelaran ialah Datuk Paduka Setia Hamzah Daud yang sebelum ini diberi gelaran Penasihat Kehormat Pekida, Mohd. Khairil Ismail (Abang Long), Norashikin Abd. Ghani (Kak Long) dan Nor Khairunnisa Mohamad Tahir (Kak Long).[4]

Ahli Pekida sedia mewakafkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan negara dengan berjuang melindungi Sabah daripada dirampas askar penceroboh. Sabah sebahagian daripada Malaysia sejak 1963 .Ahli Pekida sanggup berjihad mempertahankannya.
Pekida berpendirian bahawa Kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam dan tidak boleh dikongsi dengan penganut agama lain. Kalimah Allah terkandung dalam wahyu yang dibawa oleh malaikat kepada rasul dan nabi dan telah tercatat dalam al-Quran bahawa kalimah Allah merupakan Tuhan Yang Maha Esa.[5]
Pada 9 Mac 2013,100 ahli Pekida Pahang bersama Ngah Ismail membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan berhubung gambar Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.Gambar itu disebar melalui internet itu bukan sahaja menghina Perdana Menteri malah agama Islam.[6]

Pada 30 Ogos 2013, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan menjelaskan bahawa PDRM mendapat maklumat mengenai Geng Tiga LineGeng 30 dan geng-geng Kongsi Gelap Melayu yang diumumkan kerajaan didakwa mempunyai kaitan dengan Pekida. Kumpulan 77, Tiga Line, Kumpulan 30 adalah penyakit dan liabiliti kepada pertubuhan Islam terutamanya Pekida. Pada tahun 2010 dan 2011, PDRM dan Pekida berjaya menghalang kumpulan 77 membuat majlis pengambilan ahli baru di Perak.[8]

2 comments:

  1. Assalamualaikum moga sihat dan dilindungi Allah . Saya berminat untuk menyertai pertubuhan ini . Jadi ada nombor yang perlu saya contact?

    ReplyDelete
  2. Saya nk join bantu saya tolong..

    ReplyDelete