Friday 22 December 2017

Majlis Ayahanda Pekida Malaysia

Kursus Tarbiah Perdana Peringkat Negeri Selangor dan Muktamar Majlis Ayahanda Pekida Negeri Selangor. Bertempat Dewan Kolej Komuniti Selayang.

Antara isi perjumpaan adalah penerangan dan taklimat mengenai sejarah Pekida Malaysia, peranan ayahanda, kanda-kanda serta buah-buah rahsia Pekida.

Wakil dari Pekida Caw. Setia Alam.

- Ayahanda Pak Engku.
- Kanda Ngah Ust Hafiz.


Ucapan Ayanda Hj Mohd Shahrir (Pengerusi Pekida Selangor)

Ucapan Ayahanda Hj Jamaludin (Presiden Pekida Malaysia)

Ucapan dari Yb Dato Nasir (Adun Taman Templer)

Barisan Ayahanda-ayahanda Pekida Daerah Negeri Selangor.





\

Monday 23 October 2017

Perlantikan

Alhamdulillah, Orang Besar Daerah Hulu Selangor telah secara rasminya dilantik sebagai Penaung Pekida Daerah Hulu Selangor. Turut bersama YDP Pekida Selangor Ayahanda Haji Shahrir.

Tuesday 15 August 2017

Sillaturrahim

Ayahanda Pak Engku bersama Ahli Pekida Setia Alam hadir ke Majlis Walimatul Urus anak kepada
Ayahanda Mat Nor Pekida Daerah Klang di Kg Rantau Panjang Kapar. Turut bersama Pekida Daerah Gombak dan Pekida Pulau Indah (StarCruise).



Friday 4 August 2017

Silaturrahim

Ayahanda Pak Engku dan ahli Pekida Setia Alam telah hadir ke Majlis Walimatul Urus ahli Pekida Klang "Star Cruise". Bergambar bersama Ayahanda Zali dan Jemaah "Star Cruise".


Wednesday 8 March 2017

Majlis Tahlil dan Doa Selamat Pekida Klang

Ayahanda Pak Engku dan Kanda Long Kusyaz hadir ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat ahli Pekida Daerah Klang di Kampung Raja Uda.



Saturday 18 February 2017

Maksud Logo dan Bendera PEKIDA MALAYSIA




LOGO:

a)      Buku/Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa.

b)      Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup.

c)      Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan silaturrahim diantara satu dengan lain.

d)      Warna hijau melambangkan agama Islam

e)      Warna kuning melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu.

f)        Warna merah melambangkan keberanian, keperwiraan dan kecekalan dalam merealisasikan matlamat perjuangan.

 BENDERA:

  Bendera PEKIDA MALAYSIA ialah:

a)      Warna Hijau diatas

b)      Warna Kuning ditengah

c)      Warna Merah dibawah

PEKIDA MALAYSIA


Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA MALAYSIA) telah diluluskan Pendaftaran Pada 10 Mei 1983 nombor pendaftaran 146/83 beralamat sekarang Ibu Pejabat Pekida Malaysia No 100 Lengkok Cempaka 1, Persiaran Amanjaya 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Slogan Moto Pekida " Amar Makruf Nahi Mungkar"

Di dalam Al Quran Allah (سبحانه وتعالى) berfirman: 

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ 

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran:3:104)

PEKIDA Malaysia adalah badan NGO Bebas tidak ada sebarang kaitan dengan mana mana parti politik. Pekida Malaysia menjadi tunjang utama NGO yang mempertahankan Agama Islam, Bangsa dan Negara.

Sesama ahli PEKIDA adalah keluarga air di cincang tidak akan putus.

Setiap Ahli PEKIDA mestilah mempunyai resit bayar yuran yang sah.Kad Ahli mestilah bersama resit yuran yang sah.
Yuran tahunan hendaklah di perbaharui setiap tahun RM15.00 dan jika ada ahli Pekida tidak membayar yuran maka mereka bukan lagi ahli PEKIDA yang sah. ini termaktub dalam perlembagaan PEKIDA Malaysia.

Mana mana Ahli PEKIDA yang di jatuhi hukuman di atas kesalahan Jenayah oleh Mahkamah akan dilucutkan keahlian secara automatik

Mana man ahli PEKIDA yang di sahkan menyertai Pertubuhan lain "seumpama PEKIDA" akan dilucutkan keahlianya secara Automatik.

Tahniah

PEKIDA CAW. Setia Alam mengucapkan Tahniah kepada Ahli Jemaah Saudara Ismie Shukri serta rakan niaganya atas berjaya mempromosikan produk perniagaan di TV1. Semoga terus berjaya, dipermudahkan urusan serta mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT.

Saudara Ismie Shukri (Baju Merah).

RUU 355

PEKIDA MALAYSIA dan PEKIDA CAW. Setia Alam menyokong pindaan akta RUU 355 demi mengukuhkan serta memantapkan lagi undang-undang Syariah sedia ada.


Perjumpaan Santai Pekida Caw. Setia Alam kali ke 2/2017

Agenda perjumpaan :

- Kutipan kebajikan bulanan ahli Pekida Caw. Setia Alam
- Makluman Seni bela diri Al- Sunnah (tenaga pengajar Ayah Pak Man)
- Laporan dari Kanda KWSN berkenaan pelajar sekolah menengah Setia Alam tidak Solat Jumaat dan berkumpul di Apartment Semarak.


Monday 13 February 2017

Majlis Doa Selamat

Alhamdulillah, Ayahanda Pak Engku, Kanda Tunggak Ust Azrin dan Kanda Ngah Ust Hafiz sebagai wakil dari Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim hadir ke majlis perasmian dan doa selamat Restoran Niarasa yang di buka oleh Saudara Ismie (ahli Pekida Setia Alam) di Setia Taipan pada 9 FEB 2017. Kami Pekida Setia Alam mendoakan semoga perniagaan berjalan dengan baik, berjaya dan di berkati oleh ALLAH SWT.


Majlis Bai'ah Ahli Baru JAN 2017

Alhamdulillah seramai tiga ahli baru telah selamat di bai'ahkan oleh Ayahanda Pak Man (Daerah Klang), 2 dari penduduk Setia Alam dan 1 dari penduduk Meru, Klang. Majlis telah berlangsung di Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Alam pada jam 10.00 pm. Perjanjian di jalankan dengan nama wabillahi, wabillahi, watallahi dan nama Rasulullah SAW, tiada unsur-unsur syirik seperti yang di uar-uarkan orang ramai. Majlis tersebut turut menaikkan ahli lama kepada kanda-kanda secara rasminya. Senarai Ahli baru dan kenaikan kanda spt berikut:

Ahli Baru 

Saudara Izwan
Saudara Mazri
Saudara Afiq

Kenaikan Kanda-Kanda 

Kanda Tunggak : Ust Azrin (baru)
Kanda Long : Tengku Syazwan (Kanda Chik)
Kanda Ngah : Ust Hafiz (baru)
Kanda Chik : Safuan (baru)
Kanda Kawasan : Sharuddin (baru)

Kanda Su : Zikri (kekal)





Perjumpaan Santai Pekida Setia Alam JAN 2017



Tarikh : 11 JAN 2017
Tempat : Momento Cafe Setia Alam

Perjumpaan ini turut membincangkan kenaikan ahli kepada kanda-kanda, kutipan tabung kebajikan, membuat baju korporat, menambah ahli baru dan juga perlantikan Bendahari. Turut juga mengimbas sejarah penubuhan PEKIDA MALAYSIA yang di sampaikan oleh Ayahanda Daerah Klang Pak Man.

Saturday 11 February 2017

Penubuhan Pekida Caw.Setia Alam

Pekida Caw. Setia Alam telah di tubuh pada 11 Disember 2015, Pada masa itu Pekida Caw Setia Alam di bawah naungan Pekida Daerah Gombak dan di pengerusikan oleh Kanda Long dan Kanda Chik serta 2 ahli biasa. Pada masa itu juga Pekida Setia Alam di selia oleh Ayahanda Daerah Klang (Pak Man), jumlah ahli pada masa itu hanya 4 orang. Pada 5 Januari 2017 yang lalu, Pekida Caw Setia Alam telah di angkat dan di iktiraf Pekida Daerah Gombak serta Pekida Malaysia untuk berdiri sendiri. Kini Pekida Caw Setia Alam di Pengerusikan oleh Ayahanda di ikuti Kanda-kanda yang telah di lantik, jumlah terkini ahli seramai 13 orang. Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai latar belakang serta telah di tapis supaya ahli yang menyertai terdiri daripada yang baik akhlaknya dan tidak terjebak dengan pengaruh gangsterisme dan sesat.

Senarai Ahli Tertinggi spt berikut:

Ayahanda Tengku Ibrahim (Pengerusi)
Kanda Tunggak Ustaz Azrin (Timb. Pengerusi)
Kanda Long Tengku A Syazwan
Kanda Ngah Ustaz Hafiz
Kanda Su Zikri
Kanda Chik Safuan
Kanda Kawasan Sharuddin

Apa itu PEKIDA???

Pekida atau Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi membela orang Melayu di Malaysia. Pekida mula ditubuhkan di negeri Kedah Darul Aman. Diasaskan oleh seorang petani sawah yang bernama Abdul Hamid yang menetap di Batu 7 3/4 Simpang Empat, Langgar Alor Setar, Kedah. Ditubuhkan bertujuan untuk melindungi pesawah pesawah di daerah Langgar, Kedah. Ketua cawangan Pekida dipanggil 'Ayahanda' dan 'Abang' berdasarkan kriteria Perlembagaan Pekida. Presiden Pekida ialah Jamaluddin Yusoff. Yang Dipertua Pekida Wilayah Persekutuan ialah Datuk Roslan Dahaman (Lan Gajah).
Jamaluddin Yusoff menjelaskan Pekida tidak perlu berdaftar di bawah Yayasan Ayahanda Se-Malaysia (YAS). Pekida telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan / ROS. Pengerusi Eksekutif YAS, Syed Hussain Al-Shahab meminta kerajaan hanya mengiktiraf Ayahanda di bawah naungan YAS sahaja bagi mengelak imej aktiviti jenayah , gangsterisme dan kongsi gelap.[1]

Pekida sebagai satu jemaah atau pertubuhan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta, Pekida perlu bergerak ke arah yang lebih sempurna. Setiap ahli dalam perjuangan itu dapat bergerak dalam satu hala tanpa matlamat berbeza. Pekida adalah jemaah fisabilillah yang sama-sama berjuang dalam mempertahankan kekuatan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini. Tidak perlu ada persengketaan sesama kita kerana senjata yang paling ampuh adalah perpaduan.
Semua ahli Pekida perlu bergerak bersama bagi memantapkan pertubuhan itu agar lebih disenangi masyarakat. Masyarakat sentiasa memerhatikan gerak-geri mereka. oleh itu ahli Pekida mestilah mengambil daya usaha yang baik untuk memantapkan Pekida. Kemantapan itu perlu diperbaiki supaya Pekida terus disanjung dan tiada pihak yang kurang senang . [3]
Pekida mahu membela orang Melayu dan membantu pihak berkuasa membanteras segala kegiatan jenayah. Stigma masyarakat bahawa Pekida adalah sebuah kongsi gelap hendaklah dihapuskan. Setiap ahlinya tidak kebal dengan tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan. Antara ahli yang dilucutkan gelaran ialah Datuk Paduka Setia Hamzah Daud yang sebelum ini diberi gelaran Penasihat Kehormat Pekida, Mohd. Khairil Ismail (Abang Long), Norashikin Abd. Ghani (Kak Long) dan Nor Khairunnisa Mohamad Tahir (Kak Long).[4]

Ahli Pekida sedia mewakafkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan negara dengan berjuang melindungi Sabah daripada dirampas askar penceroboh. Sabah sebahagian daripada Malaysia sejak 1963 .Ahli Pekida sanggup berjihad mempertahankannya.
Pekida berpendirian bahawa Kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam dan tidak boleh dikongsi dengan penganut agama lain. Kalimah Allah terkandung dalam wahyu yang dibawa oleh malaikat kepada rasul dan nabi dan telah tercatat dalam al-Quran bahawa kalimah Allah merupakan Tuhan Yang Maha Esa.[5]
Pada 9 Mac 2013,100 ahli Pekida Pahang bersama Ngah Ismail membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan berhubung gambar Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.Gambar itu disebar melalui internet itu bukan sahaja menghina Perdana Menteri malah agama Islam.[6]

Pada 30 Ogos 2013, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan menjelaskan bahawa PDRM mendapat maklumat mengenai Geng Tiga LineGeng 30 dan geng-geng Kongsi Gelap Melayu yang diumumkan kerajaan didakwa mempunyai kaitan dengan Pekida. Kumpulan 77, Tiga Line, Kumpulan 30 adalah penyakit dan liabiliti kepada pertubuhan Islam terutamanya Pekida. Pada tahun 2010 dan 2011, PDRM dan Pekida berjaya menghalang kumpulan 77 membuat majlis pengambilan ahli baru di Perak.[8]